Bekas isteri kepada pelakon terkenal, Hafidz Roshdi, iaitu Shuhada Shukri, kembali menjadi tumpuan netizen selepas memuat naik video mengikuti trend ‘kalau wanita kahwin 4’. Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Shuhada menggunakan filter berjambang dan melakonkan aksi bersahaja, menyatakan kesetiaan kepada satu pasangan.
Tidak lama kemudian, netizen mula memberi kecaman terhadap tindakan Shuhada, menganggapnya sebagai permainan terhadap hukum agama. Ramai yang menilai tindakan tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam. Dalam ruangan kapsyen, Shuhada menegaskan kesetiaannya kepada satu pasangan, namun respon netizen tidak berkurang.
Shuhada akhirnya membuat keputusan untuk menutup ruangan komen.
View this post on Instagram
Sebagai catatan, Hafidz Roshdi telah melafazkan cerai terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu. Pasangan ini memiliki dua cahaya mata, Humairah (6 tahun) dan Umar (2 tahun). Kontroversi ini mencetuskan perbincangan hangat di kalangan peminat dan pengikut kedua-dua selebriti ini.”